Monday, June 18, 2012

Let the wind blow

Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan yang memberikan nafas, menghidupkan aku dan mengurniakan segala jenis nikmat sehingga ke hari ini. Aku amat bersyukur berada di sini. Meneruska perjalanan hidup dan lebih bersedia.

Bertemu dengan pelbagai ragam orang mematangkan aku. Bersabar dengan seadanya. Menerima dengan hati terbuka. Alhamdulillah...syukur Ya Allah. Mugkin selepas ini aku akan menulis coretan yang lebih matang. Belajar memerima diri sendiri seadanya dan menerima orang lain di sekeliling. Terlalu banyak untuk diluahkan namun jari jemari ini terasa berat untuk berkongsi.



Harapan ku....aku mahu berbakti kepada masyarakat. Menimba pengalaman yang berharga untuk dibawa ke masa hadapan. Akan ku coretkan diriku sekarang menjadi yang terbaik 5 tahun akan datang. Insyaallah..Biiznillah..


Ilashah

Saturday, October 8, 2011

Hmm...

Selamat malam untuk aku..

Banyak perkara-perkara yang terjadi sekarang..Hmm..Kadang-kadang sampai tak tertulis. Aku sekarang masih belajar disebuah Institusi Pengajian Tinggi. Rakan-rakan ku sudah ramai yang berkerja. Aku n aku n aku still lagi berhempas pulas meneruskan pengajian.

Banyak tanggungan aku sekarang. Aku tak boleh putus asa. Aku kene terus berusaha. 3 bulan je lagi. Nak keje macam Kak Mimi. Sekarang aku ade sikit je sumber kewangan. Harapkan mak n abah punye perbelanjaan memang kene berjimat sangat-sangat. Aku nak keje..Nak sara hidup sendiri. Hurm..Harap-harap rezeki aku murah jugak pas ni.

Aku tak tau nak wat camne...tapi aku kene teruskan hubungan ni. Mak da tak restu.Tapi ape yang mak cakap make sense jugak. Betul ke aku ni diguna-gunakan?Hurm...sian dia. Dia nampak baik je di mata aku. Siyes tak nampak ape yang buruk tentang dia.Tak sampai hati nak bagitau dia tapi lambat laun dia akan buat jugak. Harap-harap dia bukan hipokrit. Harap-harap naluri aku betul.

Aku kene berusaha jugak dalam hidup ni. Aku tak boleh putus asa. Hurmm. Aku mengeluh lagi!

Thursday, August 25, 2011

Iftar wajib setiap tahun :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Hari ini agak cerah. Perjalanan ku dari Bukit Jalil-Puchong-Nilai-Bangi dipermudahkan. Alhamdulillah. Di kesepatan ini ingin aku coretkan kisah ku. Berusaha menunaikan jemputan iftar dirumah bekas pensyarahku. Bersama rakan-rakan yang telah ku kumpulkan sepanjang minggu ini. Alhamdulillah, mereka juga sepertiku, berusaha untuk datang berkumpul disini.

Terima kasih kawan-kawan. Kak Mimi, Ziq, Mud, Hasnur, Qis, Arip dan Fithri. ..Eh...Farah jugak..KAmi pegi rumah Madam Azimah kat Bandar Seri Putra. Madam Azimah ni lecturer English masa aku 1st year. kami sangat akrab. Tiap-tiap tahun mesti datang rumah. Tu antara acara yang wajib la.

Kali ni cume Adilah dan Alan je tak dapat datang. Dila kat Ganu memang la tak dapat datang tapi Alan ni tak tau apecer. hurmm... Masing-masing da bawak haluan masing-masing kan (_ _")

Satu bende tentang Madam Azimah ni. Kalau kami datang kene habiskan makanan. Kalau tak nanti tak boleh balik. Macam tu la gayanya. Tahun ni masing-masing adekereta sendiri. Ada yang da keje, ada yang tercarik-carik. Ada jugak yang terkontang kanting nak habeskan blaja.

Lepas ni memang la banyak yang aku kene buat. Sekarang diri ni rase demotivate. Harap-harapla lebih semangat nak terud=skan hidup. Chaiyok! :)









Counting Days

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...