Tuesday, December 7, 2010

Cinta Apa Adanya

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya…ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mulai bosan dengannya…ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya…bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya…ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Kerana walaupun tergenggam dapat terlepas juga.

Ingatlah pada pepatah,
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”
Belajar menerima apa yang ada dan berpikir positif….
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya tak berkesan

Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun…
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak dapat dimiliki
Apalagi yang mahu diperebutkan
Apalagi yang mahu disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu berkira
Janga hanya mahu menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama sendiri apalagi terhadap mereka yang berjasa buat kita

Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah hidup ceria, bebas leluasa…
Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan….
Tak ada sakit hati yang tak dapat dimaafkan .
Tak ada dendam yang tak dapat terhapus…

Wednesday, December 1, 2010

Teringat Aku..


Experience is how life catches up with us and teaches us to love and forgive each other

Saya Berwajah Baru

Hai semua..selamat siang dan malam pada yang singgah disini. Blog serabut same seperti empunya nya. Time kasih la pada yang sudi menjenguk. Berblogging ni pada saya macamnye leceh, remeh, renyah dan 1001 alasan bagi yang tak ade minat namun saya mesih cuba dan terus mencuba jugak untuk memperbaiki mutu penulisan. Ade kate yang menulis ni syok sendiri?betul ke?

Ihsan Uncle Google


Ape-ape lah korang nak kate. Kalaulah ade award untuk silent reader sile-sile lah bagi kat saya ni.bukan malas nak menulis tapi idea selalu sekerat jalan. Takkan hari-hari nak menulis 3 baris ayat ye tak.huhu

Theme yang terbaru ni hasil geledah dari BTemplate. Sanak sedare jugak kot dari Mr. Google. Well saya memang agak rapat dengan Mr Google sebab dia supply sume gambar-gambar dalam belog ni. Mungkin ade yang curious nape ek tak letak gambar sendiri?Jeng3x.

Jawapannye adalah saya TAK memiliki sebarang kamera samada melekat dihenpon @ yang sebijik-sebijik. DSLR tu ade la kat umah ni tapi orang punye. Henpon ni pakai murah-murah je yang boleh taip mesej dengan tepon orang.Jadi la ye.

Walaupun empunye diri ni miskin serba serbi namun, sekurang-kurangnye ade la internet 24 jam.pastu reti la jugak godek-godek kompiter kalo mengong. Format laptop sendiri tu boleh la. ERKKK! da jaoh merepek nih. Tengok tajuk nak berwajah baru je.

Sebenarnye da separuh menaip entry ni baru la saya perasan yang saya lupe nak printscreen yang lame 
(_ _").haih...da buat perangai la. Sori la ye. Yang lame tu alkisah coenye susah nak godek wat page baru <--susah ke tak expert.uhh..

Entah la..saya cepat bosan agaknya. tu sebab la asek bertuka-tuka je. Bosan lah sekarang ni walaupon banyak keje.huhu. Doakan saya ada je idea nka menulis. haih~~

Pakcik Lagi (_ _")

Selamat Meneruskan Perjuangan Berblogging Kengkawan ^_^

Tuesday, November 30, 2010

Simpan Fail Anda Dengan DropBox



Kusangkakan lappy ini hilang rupa-rupanya menyorok. Ape yang kalian akan lakukan jika kehilangan laptop yan mempunyai bahan-bahan yang sangat-sangat penting??Kini anda tidak perlu risau, online storage banyak boleh didapati kini.

Apa itu DropBox (dan seumpamanya)

Dropbox adalah perisian yang menyelaraskan fail dalam talian dan komputer. Anda boleh menyimpan fail dengan mudah, ia tidak perlu untuk memuat naik semua fail kedalam akaun Dropbox kerana anda boleh mengemas kini sendiri melalui komputer. 



Bagaimana ia berfungsi?
Pertama sekali install DropBox kedalam komputer melalui sini.Bagi pengguna Window satu folder akan wujud didalam komputer anda seperti ini:

Klik Untuk Perbesar


Anda hanya perlu memasukkan semua fail didalam folder ini dan ia akan synchronize dengan sendiri tanpa perlu bersusah payah upload. Jika anda kehilangan laptop hanya masuk kedalam akaun Dropbox dan fail itu masih ada didalam akaun. Warna hijau pada folder menandakan file tersebut sudah diupload kedalam akaun.

Namun demikian, pemilik komputer haruslah mengubah option untuk aplikasi ini kerana by default aplikasi ini akan automatik run semasa startup. 3 GB saiz akan diberi untuk versi percuma. Cukuplah untuk menampung file .doc dan pdf serta fail-fail yang lain.

Terdapat jugak Box dot net. Klik sini yang mana memberikan 5 GB saiz untuk versi percuma. Menarik dalam Box dot net ini juga terdapat aplikasi Widget untuk diletakkan didalam website. Saya tetap kekal bersama DropBox dan berpuas hati dengan servisnya.

Terdapat bermacam-macam lagi aplikasi seperti ini yang harus anda cuba. Jangan lupa backup fail anda sebelum "hilang". ^_^



p/s: ayat caca marba. masih kurang mahir translate jargon kepada bahasa ibunda (_ _")

Sunday, November 28, 2010

Surat Cinta


Ihsan Google

1. Saya awak berkenalan
2. Awak grad lepas tu saya pulak
3.Bile duit da cukup, mak and abah pun setuju.kite kawin
4.Yeay, kite dapat baby cute macam umi n abi dia
5.Anak-anak kite makin besa
6. Kite tengok diorang berjaya
7. Kite da makin tua..harap-harap kite masih bersama




Tapi..

Tu angan-angan saya je. Saya tau perjalanan kite tak semudah tu. Saya tau juga ape pon semua itu ketentuan Allah. Saya harap awak pun same jugak. 

Awak, 
Walau ape pun yang terjadi saya harap awak dapat berusaha untuk masa depan..Sehingga waktu ni saya masih sayang awak dan saya berdoa agar Tuhan panjang kan jodoh kite. 

Awak, 
Saya nak awak tahu, jodoh tu rahsia Allah and kite tak tau ape yang akan terjadi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat. Saya tak mintak pun kite dipertemukan, saya tak mintak untuk bercinta sebelum masanya. Saya pun tak pasti samada Tuhan hadirkan awak dalam hidup ni sebagai ujian ataupun sementara. 

Awak, 
Andainya awak membaca surat saya, saya harap awak melebihkan cinta kepada Ilahi daripada diri saya, banyakkan beribadat, perbaiki diri agar dapat membimbing saya. Patuh kepada perintahNya. Saya ingin menjadi sebahagian dari hidup  awak.

Awak,
Andaikata hubungan ini mendekati kemungkaran saya mohon untuk mengundur diri buat seketika. Carilah saya apabila awak sudah yakin. Saya akan menunggu awak. Insyaallah. Tetapi jika awak merasakan ada yang lebih baik dari saya sudi meerimanya walaupun pahit.

Awak,
Terima kasih sebab membenarkan saya mengenali diri awak. Terima kasih kerana sentiasa berada disisi saya ketika susah dan senang. Terima kasih sebab meminjam telinga awak dikala saya kesedihan. Terima kasih kerana meringankan mulut awak menegur semua kesalahan saya. Terima kasih sebab menerima saya seadanya. terima atas segalanya yang awak buat untuk saya.



-IlaShah-




Surirumah

Hari ini genaplah 2 hari saya berada dirumah. Menjadi fulltime housewife. Menguruskan rumah. Letih. Itu yang mampu dicoretkan kala ini. Menguruskan rumah. Pada saya sesuatu yang bukan mudah. Walaupun adik bongsu sudah berumur 11 tahun, namun masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan sendirian. Saya lah ibu dan sayalah bapa (Ibu dan ayah saya semua ade hal yang menyebabkan mereka tiada dirumah untuk beberapa hari (=.=). Jangan mengeluh jangan beralah. kerana saya pasti Tuhan memberikan saya tanggungjawab ini tidak lain tidak bukan kerana saya mampu menghadapinya.

Ihsan Google


Pada saya menjadi surirumah sangat sibuk. Itupun kepada yang bersungguh-sungguh. Kepada yang malas-malas sila abaikan entri ini. Dulu waktu kecik-kecik mak slalu kate "kerjarumah ni rutin, kamu mesti buat!!" maka terkocoh-kocoh la saya bila mak membebel dipagi hari. Mak saya sangat teliti orangnya,

 "da kemas bilik ke?"
"dah mak"
"mak nak cek"
.
.
.
.
"tegangkan cadar tu sampai licin"
adeh~~(_ _")

Tu belum lagi cek sawang dalam bilik, almari yang mungkin memuntahkan isinya bila dibukak. Mak saya akan cek setiap inci lantai kalau-kalau ada sehelai rambut.Tapi yang bes nya rumah jadi sangat kemas dan berkilat.Patut la abah sayang kat mak =p

Itu dulu okey. Sekarang situasi berubah dan saya lah mengambil alih tugas mak. siyes, sampai sekarang saya tak boleh melakukan sesempurna mak. namun saya cuba sedaya upaya.kata kuncinya adalah disiplin. membuat kerja rumah secara disiplin akan meringankan kerja sedikit sebanyak. saya melalui fasa ini dan saya sering kali juga tidak mengikut jadual harian dan menyebabkan ada tugasan yang tidak dapat diselesaikan.hurmm...(_ _")

Berbalik kepada tugas surirumah, jadualnya sangat padat tetapi bagi yang RAJIN sahaja ya. Bermula dengan bangun pagi mengemas rumah,membasuh baju, basuh pinggan kalau ade kat sinki tu (takde air kot malam tadi), belum lagi tugas-tugak khas bile air tetumpah, lantai melekit, kua beli barang rumah yang da habis..huh...betol-betol menguji kesabaran. Tabik Spring lah! ^_^

Ape pun saya sayang rumah saya :)


Taraaaa!!!akhirnya kerja siap  jugak. dapat lah berehat-rehat sikit. Tapi jangan lupa dengan rutin tadi esok pon kene buat yang sama. Tahniah juga diucapkan kepada semua suri-suri yang BERJAYA menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan baik ^_^







p/s: bile lah nak start edit fyp kalo cenggini kejenye.adeh (_ _')

Saturday, November 27, 2010

Pengalaman Blogwalking


Berjalan-jalan @ blogwalking mengikut istilah dunia maya adalah satu fenomena ziarah menziarahi dikalangan warga komuniti blog. Pengalaman yang seronok dengan blogwalking ni. macam-macam ragam yang saya lihat.Ada yang mencuit hati, ada yang membuatkan saya tak berganjak ke blog yang lain. Tahniah kepada blog tersebut. saya suka memerhati atau lebih tepatnya menjadi silent reader. Bukan kerana saya tak suka ataupun tak berminat namun tuntutan masa saya didunia realiti menyebabkan perasaan untuk berkomunikasi terbantut. 

Maaflah kepada yang tak suka di 'stalk' di dalam blog sendiri. Tapi insyaallah, kebanyakan blog yang saya singgah akan meninggalkan jejak sedikit di shoutmix chat@ yang sewaktu dengannya. Berblogging bukan ada pada saya, cuma hendak merasa perasaannnya menulis. mungkin diri ini sangat privacy menyebabkan agak kurang ingin berkongsi. Maafkan saya jika kehadiran ini mengganggu komuniti ini namun banyak yang saya dapat dari penulisan rakan-rakan yang lain :)

Ihsan Google


Gambar
Kebanyakan rakan-rakan blogger gemar meletakkan gambar masing-masing. Rata-ratanya kiut miut dan hensem-hensem belaka Eloklah juga memberi ruang kepada yang lain unuk mengenali empunya diri. saya pun suka melihat gambar-gambar yang tersisip pada blog rakan-rakan. 

Rata-ratanya semua menyerlahkan kegembiraan pada empunya blog juga pembacanya.pada pandangan saya ianya sesuatu yang menarik untuk kita mengenali si empunya. Mereka ini selalunya sangat berani, cekal, ada  pendirian sendiri. Juga agak jujur dalam dunia maya juga realiti. Tak la macam empunye blog ni semua gambar ambik dari google :) <---saya sangat 'pemalu' sebenarnye okey=p

Lawak
Ada juga yang sangat lawak. apa-apa yang ditonjolkan semua mencuit hati namun masih tak kurang juga lawak 'kasar' / @##$$$%..hurm..saya layan je. Selalunya blog-blog ni sangat santai dan TAK skema. Ade jugak diselitkan PENGAJARAN. bagus-bagus..ni pon saya suka jugak.

Ilmiah / Pengalaman / Skema @yang sewaktu dengannya
Blog ilmiah, berilmu, tazkirah juga perlu diambil perhatian. Ye, jujurnya saya katakan yang saya sudah jatuh cinta pada genre ini. Yang jenis ni sangat adorable sampai saya akan carik sape penulisnya.jeng..jeng..jeng..takdelah sampai nak tau ape pun.cuma lebih sikit lah dari genre yang lain. Saya sangat sukakan penulisan yang lebih reliti. sekarang ni pun saya dah BANYAK jatuh cinta pada blog-blog sedemikian sebab akhirnya saya akan berfikir ^_^

Dari Google lagi


Kesimpulan
Saya  membaca blog rakan-rakan semua dan akan meniggalkan tapak kaki. Masing-masing mepunya pandangan tersediri dan saya hormati namun ada juga yang saya kurang bersetuju. Walaupun begitu saya percaya pembaca dapat menilai baik buruk sesebuah blog itu. Kita adalah apa yang kita baca. Sekian Dari saya ^_^

Andai...

Ihsan Google


Ya Allah…
Bila aku bertemu dengan seseorang dan jatuh cinta...
Izinkanlah aku menjadi yang terbaik baginya...
dan dia yang terbaik bagi ku...

Ya Allah…
Bila aku menjadi pasangan seseorang...
Izinkanlah diri ku menjadi pelindung baginya...
Izinkanlah diri ku menjadi penyejuk hati baginya...
Izinkanlah wajah ku menjadi kesenangan baginya...
Izinkanlah mata ku menjadi keteduhan baginya...
Izinkanlah pundak ku menjadi tempat melepas keresahan baginya..
Izinkanlah setiap perkataan ku menjadi kesejukan baginya...

Ya Allah…
Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu...
Izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu...
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu...

Ya Allah…
Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti...
Izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati...

Ya Allah…
Jiwa kami ada dalam genggamanMu...
maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu...

Ya Allah…
Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu..





P/s: adakah diri ini sudah tak sabar nk bernikah??hurmm...lambat lagi kene tunggu (_ _")

Sunday, November 21, 2010

Jodoh itu rahsia Allah

Ihsan Google

Saat kita bertemu hatiku sudah terdetik..
Namun ku lemparkan jauh-jauh perasaan ini..
Kita saling tidak mengenali..
Namun dek kerana mata..
Tanpa Ku sedari ia turun kehati..

Disaat aku tidak menyedari..
Kau terlebih dahulu melihat ku..
Namun kau juga serupa..
Kau lempar jauh-jauh perasaan itu..

Namun apakan daya..
Kau dan aku serupa..
Kau manusia biasa..
Begitu juga aku..


Kau berusaha..
Begitu juga aku..
Harap kita tidak putus asa..
Apa yang penting..
Kita masih punyai impian..

Ihsan Google



Disini saya ingin berkongsi perihal Jodoh yang mana ia terbahagi terbahagi kpd 3, iaitu :

1) JODOH DARI SYAITAN :
Iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN:
Iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH:
Iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan..

Semoga diri ini bertemu jodoh dari ALLAH..
Jodoh yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat..
InsyaALLAH.. 
ihsan google

JODOH ITU ADALAH RAHSIA ALLAH...
KITA SEBAGAI UMATNYA HANYA MAMPU MERANCANG..... 

Saturday, November 20, 2010

Lappy semakin lambat

Lappy ini semakin lambat kengkadang jem.tension jugak orang nak buat keje pon susah.Banyak keje nak dibuat sekarang menyebabkan lappy ini kurang penjagaan. Dengan berhabuknye dan agak korot pada pandangan mata halus. Rindu pada lappy lama yang baru sebulan collapse. Sesak jugak nak buat assignment forensic dengan keadaan laptop yang tak terurus. mujurlah ayahanda tidak lokek memberi pinjam anaknya lappy.

Lappy lame
Lappy ini saya harap dapat bertahan sehingga hujung tahun ni namun tidak dapat juga diselamatkan. Screen putih berbentuk ameba mencacatkan fungsi lappy ini. Genaplah 3 tahun setengah lappy ini berkhidmat. dengan beratus-ratus kali format. 2 tahun bertahan dengan Ubuntu.Oh, lappy kau sangat membanggakan :)

Ubuntu Vs Win7


Lappy ayahanda ini sangat lambat walaupun spesifikasinya lebih canggih berbanding lappy yang dahulu. Dari 160 Gb storage kini hanya tinggal 20 Gb untuk digunakan oleh saya. Terpaksalah membuang segala yang tidak perlu didalam lappy ini.habis je exam lappy ni harus diformat.

Terpaksa lah menggunakan online storage untuk menyimpan data-data penting. Saya menggunakan Dropbox untuk menyimpan semua data. bagi yang ingin menyimpan segala macam assignment daftar lah menggunakan link ini sangat berguna sebagai backup.

Untuk melajukan Window, perkara biasa perlu dilakukan seperti Defrag, configure start up (type msconfig), disk cleanup. Antivirus bagi Window 7 ini cukuplah satu sahaja Microsoft Security Essential yang boleh didownload secara percuma (tapi bagi genuine sahaja). Ada lagi tapi saya tak ingat kerana saya adalah pengguna Linux sejak 2 tahun yang lalu. Fleksible. Ape pun saya mengakui Window 7 adalah antara versi Window yang terbaik masa kini berbanding Window XP dan Vista.

@_@ adeh..hardisk takde plak (_ _")

Friday, November 19, 2010

Main Tag juga :)

Ni tag yang dapat dari Lilo Lei. Saje suka-suka layan tag ni. Sementara nak tunggu mase makan ni. Pening, perut pusing sebab tak jage makan sangat. Apepon layan tag dulu:

1) Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??
Pening, banyak tak setadi nak exam ni~


2. Apakah nama samaran anda?
ilashah = ila +shah :)


3. Senaraikan 3 orang yg anda sayang.
mak~~abah~~abang~~


4. Panggilan utk si dia..
awak, kanda, yang, abang ;p

5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
perhatian dan senyuman ~


6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
blog sape-sape je.takde yang spesifik.tapi suke ngan belog org-org photography. chun!


7. Tag pada 5 rakan blogger anda...
~nak tag: 3 serangkai Ann, Anis and Pzah, Alanne and Ezaini~




Bosan-bosan kejap.nak logout.pening plak kepale ni~ (_ _')

Makan Pagi

Selamat pagi semua. Ada yang tak bangun lagi ke? ada jugak kot. Mana yang berjoging, bersarapan baguslah. Tapi mana yang masih didalam selimut tu mungkin kepenatan stay up malam tadi. Kenyang saya dapat bersarapan dengan enaknya di kedai **** bersama kekanda saya. Mujur lah kerja dia tidak seperti yang lain masih punyai waktu yang fleksible ^_^



Saya mempunyai kisah menarik tuk dikongsi pada pagi ini. Sesampai dikedai makan saya lihat orang tidaklah meriah seperti selalu. Ada sebuah keluarga riang gembira bergurau senda di muka hadapan kedai, ada yang makan sendirian. tercarik-carik jugak kekanda dimana....

Nun kelihatan kekanda saya rilek-rilek membaca surat khabar. saya menghampirinya dan menyapa. meja kiri dan kanan sudah diisi dengan pelanggan yang lain. Oh, dia sudah memesan teh tarik. "Aku terlewat", ujarku. Kelihatan sepasang suami isteri. Makcik dan pakcik agaknya.

Saya menyaapa kekanda yang asyik membaca surat khabar. Kami bersembang-sembang kosong dan kebanyakannya berkisar pada hal ehwal semasa didalam akhbar sinar harian. Lucunya, Kekanda ku kurang memahami ape tu penggodam menerusi berita  (English version) yang dibaca. lalu panjang lebarlah   saya menghuraikan serta contoh-contoh <-----yesss, dapat jugak tunjuk power sebab dia kurang arif dalam hal ini.

Mee goreng sudah siap. Kekanda saya sebenarnya sudah makan dengan abangnya di Salak Tinggi namun masih berkeras untuk menemani saya bersarapan.hurmm...Biasalan kedai mamak mesti ade limau nipis. Tanpa saya sedari dengan lajunya limau itu terpelanting kearah pasangan Pakcik dan Makcik. Macam biasa si kekanda tergelak-gelak dengan keletah saya. Begitu juga dengan saya, merah padam muka apabila mereka berdua juga tersengih melihat telatah saya (_ _")

Seperti biasa kekanda tidak mungkin akan memanjakan saya. Comot sungguh keadaan saya, terpaksalah ambik sendiri tisu dikaunter. Ambil lebih sedikit, mungkin boleh diberi pada meja sebelah.Bagus, niat dah baik. Saya meletakkan tisu diatas meja sebelah sambil tersenyum pada pacik dan makcik itu, lantas aku disapa oleh pakcik tersebut ....

"Eh, suami kamu tak makan sekali ke??", err, gusar dihati tapi masih mampu tersenyum. "Tak lah pakcik, itu kawan saya", tetibe plak neves. Pakcik itu menyambung "oh, kawan saje, kawan baik ye." Saya senyum, mengiya tidak menggeleng tidak.Kemudia pakck tu berkata lagi "Kamu ni budak ***** islam kan??Boleh ke kamu makan berdua-duaan begini ditempat awam??" masih lagi tersengih-sengih namun seperti halilintar memanah setiap bait perkataan pakcik tersebut.

Kekanda hanya diam sahaja menyambung membaca surat khabar. Namun, saya tau hatinya juga seperti apa yag saya rasa juga. Saya menghabiskan mee goreng dengan perasaan berbaur. Tidak lama selepas itu pakcik juga isterinya berlalu. sempat juga saya berbalas senyuman kepada isterinya.

Kami berpandangan. Kami tahu ape yang terbuku dihati masing-masing. Kekandaku biasa-biasa sahaja latar belakangnya. Bukan berasal dari keluarga yang alim namun aku melihat dirinya ada kesungguhan untuk mendalami ilmu agama. so-so orang kata. Ditegur bukan situasi yang aneh bagi kami. Mungkin Tuhan mahu memberi peringatan kepada kami. Saya sendiri bukanlah begitu jumud dan alim. sedang-sedang juga.

Tak semua orang yang diberi peringatan sebegini. Saya tahu itu salah. Berdua-duaan tanpa mahram itu salah. Namun saya menutupnya dengan berjumpa di tempat awam.Mungkinkah kami kelihatan tidak manis?hurmm..kami memerlukan masa untuk berbincang panjang lebar soal ini.Sukarnya hidup tanpa ikatan..Namun itu tak kan menjadi penghalang untuk kami berubah kepada yang lebih baik.

Saya berusaha, dia berusaha, kami berusaha. Namun kami tak terlepas dari membuat kesilapan. Kami berusaha menjaga pergaulan namun masih tededah dengan finah masyarakat. Doakan kami agar tidak tersasar jauh. Doakan kami agar sentiasa terlindung dari fitnah dunia.Saya sayangkan dia, diri saya juga keluarga. Ini kisah saya....mungkin anda juga mempunyai kisah tersendiri.

Awak....jum kawin ;p


Nota penutup entry ^_^

Atau mungkin juga pakcik tadi kecewa kerana difikirkan yang kami ni pasangan suami isteri..

Atau mungkin cara kami yang agak matang membuatkan pakcik tersebut tergerak hati bertanyakan status kami...

Atau juga perlakuan kami yang sempoi tanpa disedari mengundang ketakselesaan orang lain..hurmm..





One In a Million

Lagu ini sangat lah nostalgic lame sangat baru terdengar tadi. Tak tau sape yang nyanyi tapi epic dari Final Fantasy sangat la memberikan sentuhan yang wow. hurm..malam-malam ni sonok je dapat merelekskan fikiran. malam ni kena stay up. 

Alkisahnya, setelah seminggu berhempas pulas menyiapkan kerja ilmiah. syukur sangat Prof I memberikan peluang untuk menyiapkan saki baki yang tinggal. Exam plak minggu depan. Entah macam mane la kalutnya 2 3 hari nanti. Kripto, Wireless Security, Forensic, ISA...pergh...sumbat otak ni..

 Life as a student, i'm sure i'll miss the moment soon..

video


p/s:Btw, nak ke tak apply TL???hurmm....

Thursday, November 18, 2010

KeBanjiran Semut

Semut @ ant dalam bahasa org putihnye adalah sejenis serangga seperti yang kita tahu. Entry ini wujud setelah rumah sewa saya dibanjiri dengan koloni-koloni semut yang sangat banyak. hasil penyelidikan serta siasatan saya dan rakan-rakan serumah, kami menyimpulkan bahawa semut-semut ini berhijrah dari rumah sebelah kerumah kami lantaran negara mereka telah dimusnahkan oleh tuan rumah yang baru berpindah disebelah.


Selama 3 hariberturut-turut akak sebelah juga dengan rakusnya memusnahkan negara semut yang sudah lama bermastautin disana dengan membakar serta menghalau ape sahaja yang menghuni ditanah belakang. Saya kira kediaman semut tersebut sudah seperti padang jarak padang tekukur.

Laporan dari penghuni 2 bilik belakang mengatakan bahawa mereka juga mengalami nasib yang sama apabila asap hasil pembakaran terbuka itu berkepul-kepul masuk kedalam bilik mereka sehinggakan mereka jugak terpaksa keluar dari bilik masing-masing akibat kekurangan oksigen. 


Berbalik kepada semut-semut tadi, lebih dari 2 tahun saya kira mereka mendiami tanah itu dengan amannya kerana pemilik @ penyewa sangat baik hati meninggalkan tanah terbabit untuk diterokai oleh hidupan-hidupan ini. 

Ihsan Google





Disini ada sedikit fakta tentang Semut;

Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah dan tawon. Semut terbahagi atas lebih dari 12.000 kelompok, dengan perbandingan jumlah yang besar di kawasan tropika. Semut dikenali dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur.

Jenis semut dibahagi menjadi semut pekerja, semut pejantan, dan ratu semut. Satu koloni dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk mendukung kegiatan mereka. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme dikarenakan koloni-koloni mereka yang membentuk sebuah organisasi yang besar.

Begitu la serba sedikit cerita semut ini. apa yang lebih menarik yang saya dapati dari website HARUN YAHYA tentang semut. Anda wajib membacanya. 

Pernah tak dengar ade orang sering dihurung nyamuk walaupun ditempat itu ramai orang?Seperti saya, nyamuk tidak berapa tertarik pada saya tetapi saya sangat senang dihurung semut. Pernah seorang Roomate saya 2 kali masuk hospital kerana denggi tetapi saya still maintain tak penah kena.bukan nak beriak @ berbangge tapi memang nyamuk ade mangsa tertentu. Jika saya pula, bangun pagi ada sahaja semut yang menggigit sedangkan rakan-rakan lain enak dibuai mimpi tanpe gangguan.

Ihsan Google

Naik berang juga asek mendapat kemaraan semu namun setelah membaca fakta dari web Harun Yahya semut itu tidak seburuk mana. Semut ada banyak keebihan yang kita kurang sedari. Benarlah seperti yang dicatatkan didalam Al-Quran,

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)

ps: tidak sia-sia saya digigit semut. Sekurang-kurangnya ia mengejutkan saya dari subuh sebelum Kekanda saya yang mengejut ^_^

Kepada Miss Lo Lei saya sudah tunaikan permintaan anda dengan entry ini. Suke tak??!!

Wednesday, November 17, 2010

Kerana Dia manusia biasa..

Al-kisah....
_________________________________________________________________________________________________________

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.
_________________________________________________________________________________

Ihsan Google


Kisah ini saya ambil dari laman sosial facebook. Bagi yang sudah menbacanya, anda tergolong dari golongan yang mana?Saya sendiri sebagai bekas pelajar sebuah sekolah agama amat bersetuju dengan penulis dibawah. Kita adalah manusia biasa. Saya bukan berasal dari kelurga yang alim tapi cukup dengan didikan agama dari keluarga tetapi masih pernah melakukan hal-hal yang ditulis sendiri oleh penulis. Tak sedar akan dosa pahala?Tak cukup didikan agama?Iman tidak kuat?Kawan-kawan yang mempengaruhi atau pun mengikut arus moden semasa.

Saya katakan tidak! Kerana iman kita sering ada pasang surutnya atas pelbagai faktor. Disekolah kita amat kuat berusrah, seringkali akan ada teguran dan nasihat. Walaupun masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza namun masih bersatu hati dalam "mengikut undang-undang sekolah", "solat berjamaah", "mambaca Al-ma'surat".Namun, seberapa besarnya bilangan rakan-rakan yang selepas keluar dari sekolah masih istiqamah?? Mungkin anda ya tapi jujur sebahagian diri saya tidak begitu. Tapi sebahagian yang saya lihat juga begitu. Saya tidak mahu memperkatakan tentang oranga lain yang pada pandangan saya situasi ini boleh dilihat dimana-mana hatta sekelilig saya juga.

 Namun saya bersyukur, mungkin tuhan memberikan sesuatu ada hikamah nya.Saya juga tergolong dari golongan yang tersasar namun masih mencari sinar untuk berubah. Tinggalkan perkara yang sia-sia, dekatkan diri kepada tuhan dan jalan yang saya lalui masih panjang.Tuhan sentiasa menduga saya Bermula dengan kegagalan, pabila saya bangkit Tuhan berikan saya teman istimewa, Kesakitan dan masa sibuk cukup untuk saya mengingatinya.Alhamdulilah, Tuhan masih sayangkan saya kerana hampir setiap kali saya membuat sesuatu yang salah Tuhan membalas kesalahan saya dengan cepat. Subhanallah..

Apepun, saya yakin dihati setiap manusia ade terdetik perasaan untuk berubah.Begitu juga saya. Bagi yang tidak tersasar jauh saya mohon jangan dihina "mereka" kerana mereka juga manusia biasa yang pasti melakukan kesilapan. Doakan mereka agar mendapat sinar dan hidayah. Saya kagum dengan rakan rumah saya yang sangat istiqamah, sangat berhemah sehingggakan saya dan kawan-kawan berubah. Alhamdulillah mungkin kawan saya mendoakan agar kami dilembutkan hati. Dan sekarang saya yakin bahawa berkawan dengan sahabat yang baik mampu mengubah diri kita kearah kebaikan.


ps: petikan dari rakan facebook saya..

"apabila kamu seronok melakukan dosa,maka ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan kekal..." (saidina Ali Karramallahu Wajhah)


Sekiranya ada diantara kamu yang ingin berubah ingat lah bahawa segala dosa yang kita buat akan dihitung walaupun kita sudah bertaubat.

Wassalam dari saya.


Counting Days

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...