Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Hari ini agak cerah. Perjalanan ku dari Bukit Jalil-Puchong-Nilai-Bangi dipermudahkan. Alhamdulillah. Di kesepatan ini ingin aku coretkan kisah ku. Berusaha menunaikan jemputan iftar dirumah bekas pensyarahku. Bersama rakan-rakan yang telah ku kumpulkan sepanjang minggu ini. Alhamdulillah, mereka juga sepertiku, berusaha untuk datang berkumpul disini.
Terima kasih kawan-kawan. Kak Mimi, Ziq, Mud, Hasnur, Qis, Arip dan Fithri. ..Eh...Farah jugak..KAmi pegi rumah Madam Azimah kat Bandar Seri Putra. Madam Azimah ni lecturer English masa aku 1st year. kami sangat akrab. Tiap-tiap tahun mesti datang rumah. Tu antara acara yang wajib la.
Kali ni cume Adilah dan Alan je tak dapat datang. Dila kat Ganu memang la tak dapat datang tapi Alan ni tak tau apecer. hurmm... Masing-masing da bawak haluan masing-masing kan (_ _")
Satu bende tentang Madam Azimah ni. Kalau kami datang kene habiskan makanan. Kalau tak nanti tak boleh balik. Macam tu la gayanya. Tahun ni masing-masing adekereta sendiri. Ada yang da keje, ada yang tercarik-carik. Ada jugak yang terkontang kanting nak habeskan blaja.
Lepas ni memang la banyak yang aku kene buat. Sekarang diri ni rase demotivate. Harap-harapla lebih semangat nak terud=skan hidup. Chaiyok! :)
Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts
Thursday, August 25, 2011
Thursday, August 18, 2011
Pt 7459
Rindu la kat kawan-kawan rumah sewa. Lucu la sebab dari tak kenal langsung terus akrab. Aku antara yang paling awal duduk umah sewa 2nd year da duk sane. Naseb baik abah bagi skuter. Boleh la merempit g kampus. Aku kenal Zai sorang je mase tu. Yang lain tak bape nak kenal sangat sebab Zai tu geng mase matrik. Yang selebihnya. Lilo, Fizi, Su, Hasnur dan Wae.
Tu la orang kate, tak kenal maka tak cinta. Rumah yang kami sewa tu bekas akak senior. Paling tak tahan umah tu sangat-sangat bersepah. Macam rumah tak penah orang duduk.siap ade sampah besar lagi belakang rumah. 1st datang ngan family. Abah tak berkenan sungguh dengan rumah tu. Hurm...nak wat camne kan. Anaknye ni keras kepala betul.
Dalam mase seminggu kemas-kemas rumah tu. Akhirnye da boleh duduk dengan riangnye. Aku suke umah ni sebab semua orang memang rajin memasak. jimat sangat duit aku since aku dapat separuh pinjaman yang cukup2 nak bayar yuran. Sampai la 1 sem hidup dengan aman damai.
Hidup dengan kawan-kawan ni macam-macam ragamnya termasuklah aku sendiri. Yang paling penting bekerjasama mengharmonikan rumah ni. Owner umah ni kami panggil uncle je. Uncle orang cina. Serius and sempoi orangnye. Yang paling best nye dia macam suke kat Fizi (suke je). Dia yang potong rumput semak kat blanag, betulkan lampu mane yang rosak. Kalo musim durian mesti kami akan bagi untuk dia jugak.
2 tahun rupenye duk umah tu. Bergelak ketawa, bergaduh..Semuanya mematangkan kami. Lagi teringat watu masuk sem 3 kami tak bayar sewa sebab tak cukup duit. Aku ni sampai kene panjat pagar sebab uncle ingat kitorang tanak duduk situ. Dia boleh bagi magga yang besar kat pagar tu tak bagi kami masuk.hurm...lucu..lucu..belum lagi datang surat potong air sebab lambat bayar bil. Uncle akan datang tiap-tiap bulan kutip duit sewa. Kena ready jela duit.
Sekarang semua da bawak haluan masing-masing. Wae da kawin, Su da bertunang, Zai n Hasnur ondaway(termasuk jugak aku) Lilo, Fizi dan Ain(baru masuk sem last) tak tau ape cerita. Semoga kalian berjaya dalam menjalani hidup yang epnuh berliku ni :)

| Rindu la~ |
Tuesday, August 16, 2011
Separuh Ramadhan.Yang lagi separuh?
![]() |
| ♪ ♫ Ku mengharapkan ramadhan ini penuh makna ♩ ♬ ♭ |
Seperti yang kita tahu. Ramadhan sudah masuk separuh. Kat surau pun rase-rasenye da makin separuh juga. Tambah-tambah lagi banyak undangan dan program iftar lagi menambahkan kelunturan aku untuk solat terawih. Nafsu tidur aku semakin menjadi-jadi lepas makan ubat. (ni la Ramadhan pertama aku sakit gigi). Dulu awal-awal da ade azam nak penuhkan solat terawih sedaya upaya. Tapi tengok la sekarang. Berselang-selang solatnye.
Teringat pulak mase 4th year kat U. Tiap-tiap malam aku ade kelas. FULL. Isnin sampai Jumaat sebab lecturer yang ajar kami tu partime je. seingat aku minggu 1st je solat sorang-sorang kat rumah. Selebihnye tido. Hmm..Apela nak jadi kan..kan..Tapi ade kemajuan jugak la tahun ni, aku solat banyak jugak dari tahun-tahun sebelumnye.
Bulan Ramadhan bulan keberkatan. Ce tengok atas. Ade masjid, Al-Quran, anak bulan... tu semua simbolik bulan rahmat ni. Masjid/surau untuk kita imarahkan, Al-Quran untuk dibaca, jika dulu jarang-jarang bace ambillah bulan ni sebagai platform untuk bermula balik. Anak bulan menandakan bila kita aka berpuasa.
Puasa kali ni lain dari tahun-tahun sebelumnye sebab tengah praktikal. Alhamdulillah, bos bagi balik awal. Pukul 4.30 da chaw da.hehe. Pastu ni la bulan yang aku menjadi pengunjung bazar Ramadhan yang tegar. gara-gaya penat nak memasak. Selalunya, beli sekali untuk Ezaini, housemate ku.
Ramadhan ni jugak aku kerap balik kerumah sebab dah ade kenderaan sendiri. Ya Allah, syukur sangat. Stress jugak di ofis tambahan pulak elaun tak dapat lagi. Teringinnnye nak keje maca kawan-kawan yang lain. Baju raya da siap. Lagi seronok bile ade yang sponser baju raye kain cotton. A big thanks to him.(aku tak penah ada baju kain cotton).
Apa pun, aku tak boleh bermalasan, tambah-tambah lagi perihal ibadah. Lawan nafsu ! Ya, anda boleh !
Sunday, November 28, 2010
Surirumah
Hari ini genaplah 2 hari saya berada dirumah. Menjadi fulltime housewife. Menguruskan rumah. Letih. Itu yang mampu dicoretkan kala ini. Menguruskan rumah. Pada saya sesuatu yang bukan mudah. Walaupun adik bongsu sudah berumur 11 tahun, namun masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan sendirian. Saya lah ibu dan sayalah bapa (Ibu dan ayah saya semua ade hal yang menyebabkan mereka tiada dirumah untuk beberapa hari (=.=). Jangan mengeluh jangan beralah. kerana saya pasti Tuhan memberikan saya tanggungjawab ini tidak lain tidak bukan kerana saya mampu menghadapinya.
![]() |
| Ihsan Google |
Pada saya menjadi surirumah sangat sibuk. Itupun kepada yang bersungguh-sungguh. Kepada yang malas-malas sila abaikan entri ini. Dulu waktu kecik-kecik mak slalu kate "kerjarumah ni rutin, kamu mesti buat!!" maka terkocoh-kocoh la saya bila mak membebel dipagi hari. Mak saya sangat teliti orangnya,
"da kemas bilik ke?"
"dah mak"
"mak nak cek"
.
.
.
.
"tegangkan cadar tu sampai licin"
adeh~~(_ _")
Tu belum lagi cek sawang dalam bilik, almari yang mungkin memuntahkan isinya bila dibukak. Mak saya akan cek setiap inci lantai kalau-kalau ada sehelai rambut.Tapi yang bes nya rumah jadi sangat kemas dan berkilat.Patut la abah sayang kat mak =p
Itu dulu okey. Sekarang situasi berubah dan saya lah mengambil alih tugas mak. siyes, sampai sekarang saya tak boleh melakukan sesempurna mak. namun saya cuba sedaya upaya.kata kuncinya adalah disiplin. membuat kerja rumah secara disiplin akan meringankan kerja sedikit sebanyak. saya melalui fasa ini dan saya sering kali juga tidak mengikut jadual harian dan menyebabkan ada tugasan yang tidak dapat diselesaikan.hurmm...(_ _")
Berbalik kepada tugas surirumah, jadualnya sangat padat tetapi bagi yang RAJIN sahaja ya. Bermula dengan bangun pagi mengemas rumah,membasuh baju, basuh pinggan kalau ade kat sinki tu (takde air kot malam tadi), belum lagi tugas-tugak khas bile air tetumpah, lantai melekit, kua beli barang rumah yang da habis..huh...betol-betol menguji kesabaran. Tabik Spring lah! ^_^
Taraaaa!!!akhirnya kerja siap jugak. dapat lah berehat-rehat sikit. Tapi jangan lupa dengan rutin tadi esok pon kene buat yang sama. Tahniah juga diucapkan kepada semua suri-suri yang BERJAYA menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan baik ^_^
p/s: bile lah nak start edit fyp kalo cenggini kejenye.adeh (_ _')

| Ape pun saya sayang rumah saya :) |
Taraaaa!!!akhirnya kerja siap jugak. dapat lah berehat-rehat sikit. Tapi jangan lupa dengan rutin tadi esok pon kene buat yang sama. Tahniah juga diucapkan kepada semua suri-suri yang BERJAYA menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan baik ^_^
p/s: bile lah nak start edit fyp kalo cenggini kejenye.adeh (_ _')
Sunday, November 21, 2010
Jodoh itu rahsia Allah
![]() |
| Ihsan Google |
Saat kita bertemu hatiku sudah terdetik..
Namun ku lemparkan jauh-jauh perasaan ini..
Kita saling tidak mengenali..
Namun dek kerana mata..
Tanpa Ku sedari ia turun kehati..
Disaat aku tidak menyedari..
Kau terlebih dahulu melihat ku..
Namun kau juga serupa..
Kau lempar jauh-jauh perasaan itu..
Namun apakan daya..
Kau dan aku serupa..
Kau manusia biasa..
Begitu juga aku..
Kau berusaha..
Begitu juga aku..
Harap kita tidak putus asa..
Apa yang penting..
Kita masih punyai impian..
![]() |
| Ihsan Google |
Disini saya ingin berkongsi perihal Jodoh yang mana ia terbahagi terbahagi kpd 3, iaitu :
1) JODOH DARI SYAITAN :
Iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN:
Iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH:
Iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan..
Semoga diri ini bertemu jodoh dari ALLAH..
Jodoh yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat..
InsyaALLAH..
![]() |
| ihsan google |
JODOH ITU ADALAH RAHSIA ALLAH...
KITA SEBAGAI UMATNYA HANYA MAMPU MERANCANG.....
Friday, November 19, 2010
Makan Pagi
Selamat pagi semua. Ada yang tak bangun lagi ke? ada jugak kot. Mana yang berjoging, bersarapan baguslah. Tapi mana yang masih didalam selimut tu mungkin kepenatan stay up malam tadi. Kenyang saya dapat bersarapan dengan enaknya di kedai **** bersama kekanda saya. Mujur lah kerja dia tidak seperti yang lain masih punyai waktu yang fleksible ^_^
Saya mempunyai kisah menarik tuk dikongsi pada pagi ini. Sesampai dikedai makan saya lihat orang tidaklah meriah seperti selalu. Ada sebuah keluarga riang gembira bergurau senda di muka hadapan kedai, ada yang makan sendirian. tercarik-carik jugak kekanda dimana....
Nun kelihatan kekanda saya rilek-rilek membaca surat khabar. saya menghampirinya dan menyapa. meja kiri dan kanan sudah diisi dengan pelanggan yang lain. Oh, dia sudah memesan teh tarik. "Aku terlewat", ujarku. Kelihatan sepasang suami isteri. Makcik dan pakcik agaknya.
Saya menyaapa kekanda yang asyik membaca surat khabar. Kami bersembang-sembang kosong dan kebanyakannya berkisar pada hal ehwal semasa didalam akhbar sinar harian. Lucunya, Kekanda ku kurang memahami ape tu penggodam menerusi berita (English version) yang dibaca. lalu panjang lebarlah saya menghuraikan serta contoh-contoh <-----yesss, dapat jugak tunjuk power sebab dia kurang arif dalam hal ini.
Mee goreng sudah siap. Kekanda saya sebenarnya sudah makan dengan abangnya di Salak Tinggi namun masih berkeras untuk menemani saya bersarapan.hurmm...Biasalan kedai mamak mesti ade limau nipis. Tanpa saya sedari dengan lajunya limau itu terpelanting kearah pasangan Pakcik dan Makcik. Macam biasa si kekanda tergelak-gelak dengan keletah saya. Begitu juga dengan saya, merah padam muka apabila mereka berdua juga tersengih melihat telatah saya (_ _")
Seperti biasa kekanda tidak mungkin akan memanjakan saya. Comot sungguh keadaan saya, terpaksalah ambik sendiri tisu dikaunter. Ambil lebih sedikit, mungkin boleh diberi pada meja sebelah.Bagus, niat dah baik. Saya meletakkan tisu diatas meja sebelah sambil tersenyum pada pacik dan makcik itu, lantas aku disapa oleh pakcik tersebut ....
"Eh, suami kamu tak makan sekali ke??", err, gusar dihati tapi masih mampu tersenyum. "Tak lah pakcik, itu kawan saya", tetibe plak neves. Pakcik itu menyambung "oh, kawan saje, kawan baik ye." Saya senyum, mengiya tidak menggeleng tidak.Kemudia pakck tu berkata lagi "Kamu ni budak ***** islam kan??Boleh ke kamu makan berdua-duaan begini ditempat awam??" masih lagi tersengih-sengih namun seperti halilintar memanah setiap bait perkataan pakcik tersebut.
Kekanda hanya diam sahaja menyambung membaca surat khabar. Namun, saya tau hatinya juga seperti apa yag saya rasa juga. Saya menghabiskan mee goreng dengan perasaan berbaur. Tidak lama selepas itu pakcik juga isterinya berlalu. sempat juga saya berbalas senyuman kepada isterinya.
Kami berpandangan. Kami tahu ape yang terbuku dihati masing-masing. Kekandaku biasa-biasa sahaja latar belakangnya. Bukan berasal dari keluarga yang alim namun aku melihat dirinya ada kesungguhan untuk mendalami ilmu agama. so-so orang kata. Ditegur bukan situasi yang aneh bagi kami. Mungkin Tuhan mahu memberi peringatan kepada kami. Saya sendiri bukanlah begitu jumud dan alim. sedang-sedang juga.
Tak semua orang yang diberi peringatan sebegini. Saya tahu itu salah. Berdua-duaan tanpa mahram itu salah. Namun saya menutupnya dengan berjumpa di tempat awam.Mungkinkah kami kelihatan tidak manis?hurmm..kami memerlukan masa untuk berbincang panjang lebar soal ini.Sukarnya hidup tanpa ikatan..Namun itu tak kan menjadi penghalang untuk kami berubah kepada yang lebih baik.
Saya berusaha, dia berusaha, kami berusaha. Namun kami tak terlepas dari membuat kesilapan. Kami berusaha menjaga pergaulan namun masih tededah dengan finah masyarakat. Doakan kami agar tidak tersasar jauh. Doakan kami agar sentiasa terlindung dari fitnah dunia.Saya sayangkan dia, diri saya juga keluarga. Ini kisah saya....mungkin anda juga mempunyai kisah tersendiri.
![]() |
| Awak....jum kawin ;p |
Nota penutup entry ^_^
Atau mungkin juga pakcik tadi kecewa kerana difikirkan yang kami ni pasangan suami isteri..
Atau mungkin cara kami yang agak matang membuatkan pakcik tersebut tergerak hati bertanyakan status kami...
Atau juga perlakuan kami yang sempoi tanpa disedari mengundang ketakselesaan orang lain..hurmm..

One In a Million
Lagu ini sangat lah nostalgic lame sangat baru terdengar tadi. Tak tau sape yang nyanyi tapi epic dari Final Fantasy sangat la memberikan sentuhan yang wow. hurm..malam-malam ni sonok je dapat merelekskan fikiran. malam ni kena stay up.
Alkisahnya, setelah seminggu berhempas pulas menyiapkan kerja ilmiah. syukur sangat Prof I memberikan peluang untuk menyiapkan saki baki yang tinggal. Exam plak minggu depan. Entah macam mane la kalutnya 2 3 hari nanti. Kripto, Wireless Security, Forensic, ISA...pergh...sumbat otak ni..
Life as a student, i'm sure i'll miss the moment soon..
p/s:Btw, nak ke tak apply TL???hurmm....
Subscribe to:
Posts (Atom)