Saturday, October 8, 2011

Hmm...

Selamat malam untuk aku..

Banyak perkara-perkara yang terjadi sekarang..Hmm..Kadang-kadang sampai tak tertulis. Aku sekarang masih belajar disebuah Institusi Pengajian Tinggi. Rakan-rakan ku sudah ramai yang berkerja. Aku n aku n aku still lagi berhempas pulas meneruskan pengajian.

Banyak tanggungan aku sekarang. Aku tak boleh putus asa. Aku kene terus berusaha. 3 bulan je lagi. Nak keje macam Kak Mimi. Sekarang aku ade sikit je sumber kewangan. Harapkan mak n abah punye perbelanjaan memang kene berjimat sangat-sangat. Aku nak keje..Nak sara hidup sendiri. Hurm..Harap-harap rezeki aku murah jugak pas ni.

Aku tak tau nak wat camne...tapi aku kene teruskan hubungan ni. Mak da tak restu.Tapi ape yang mak cakap make sense jugak. Betul ke aku ni diguna-gunakan?Hurm...sian dia. Dia nampak baik je di mata aku. Siyes tak nampak ape yang buruk tentang dia.Tak sampai hati nak bagitau dia tapi lambat laun dia akan buat jugak. Harap-harap dia bukan hipokrit. Harap-harap naluri aku betul.

Aku kene berusaha jugak dalam hidup ni. Aku tak boleh putus asa. Hurmm. Aku mengeluh lagi!

Thursday, August 25, 2011

Iftar wajib setiap tahun :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Hari ini agak cerah. Perjalanan ku dari Bukit Jalil-Puchong-Nilai-Bangi dipermudahkan. Alhamdulillah. Di kesepatan ini ingin aku coretkan kisah ku. Berusaha menunaikan jemputan iftar dirumah bekas pensyarahku. Bersama rakan-rakan yang telah ku kumpulkan sepanjang minggu ini. Alhamdulillah, mereka juga sepertiku, berusaha untuk datang berkumpul disini.

Terima kasih kawan-kawan. Kak Mimi, Ziq, Mud, Hasnur, Qis, Arip dan Fithri. ..Eh...Farah jugak..KAmi pegi rumah Madam Azimah kat Bandar Seri Putra. Madam Azimah ni lecturer English masa aku 1st year. kami sangat akrab. Tiap-tiap tahun mesti datang rumah. Tu antara acara yang wajib la.

Kali ni cume Adilah dan Alan je tak dapat datang. Dila kat Ganu memang la tak dapat datang tapi Alan ni tak tau apecer. hurmm... Masing-masing da bawak haluan masing-masing kan (_ _")

Satu bende tentang Madam Azimah ni. Kalau kami datang kene habiskan makanan. Kalau tak nanti tak boleh balik. Macam tu la gayanya. Tahun ni masing-masing adekereta sendiri. Ada yang da keje, ada yang tercarik-carik. Ada jugak yang terkontang kanting nak habeskan blaja.

Lepas ni memang la banyak yang aku kene buat. Sekarang diri ni rase demotivate. Harap-harapla lebih semangat nak terud=skan hidup. Chaiyok! :)









Thursday, August 18, 2011

Perihal Halamanku

Aku sebenarnya  bukan suka sangat nak menulis blog ni apatah lagi nak jadi blogger. Tapi aku perlukan tempat contengan dikala meniti hari-hari kebosanan. Ketauilah yang aku sedang bosan. Sebelum ni pun ade juga blog aku yang lain tapi semua kau terminatekan.

Sebabnya aku rase ade hasil taipan jejari ni mengganggu privasi aku. Ruang tanpa sempadan seharusnya aku berhati-hati. Untuk pengetahuan semua tiada sedikit pun wajahku terpampang di halaman ini. Ya, ini misi aku. Bagi aku ni la cara yang terbaik dan aku rase bebas nak menulis. Dan semua gambar-gambar 100% sure dari Google :)

Aku pun ak la minat nak up traffic @ ape je. Halaman ini untuk tatapan aku bila bosan. Aku kadang-kadang berjalan dan bertegur sapa jugak. Rajin menjadi silent readers. Tapi ketahuilah yang aku menhargai coretan kalian. Keberadaan kalian didunia maya bukanlah satu yang sia-sia jika kalian pandai mengambil iktibar daripadanya.

Aku sukakan yang simple dan kemas. Macam halaman ni juga. Aku sengaja mencoretkan kisah kehidupan aku disini. Mungkin suatu hari nanti berguna untuk seseorang. Dikala ini aku masih mencari halatuju perjalanan hidup ini. Kita tak akan tau apa yang terjadi sehinggalah kita mengalaminya sendiri.

Move on. Belajarlah untuk hidup sendiri. Rebutlah peluang yang ada dan jangan berputus asa!

Pt 7459

Rindu la kat kawan-kawan rumah sewa. Lucu la sebab dari tak kenal langsung terus akrab. Aku antara yang paling awal duduk umah sewa 2nd year da duk sane. Naseb baik abah bagi skuter. Boleh la merempit g kampus. Aku kenal Zai sorang je mase tu. Yang lain tak bape nak kenal sangat sebab Zai tu geng mase matrik. Yang selebihnya. Lilo, Fizi, Su, Hasnur dan Wae.

Tu la orang kate, tak kenal maka tak cinta. Rumah yang kami sewa tu bekas akak senior. Paling tak tahan umah tu sangat-sangat bersepah. Macam rumah tak penah orang duduk.siap ade sampah besar lagi belakang rumah. 1st datang ngan family. Abah tak berkenan sungguh dengan rumah tu. Hurm...nak wat camne kan. Anaknye ni keras kepala betul.

Dalam mase seminggu kemas-kemas rumah tu. Akhirnye da boleh duduk dengan riangnye. Aku suke umah ni sebab semua orang memang rajin memasak. jimat sangat duit aku since aku dapat separuh pinjaman yang cukup2 nak bayar yuran. Sampai la 1 sem hidup dengan aman damai.

Hidup dengan kawan-kawan ni macam-macam ragamnya termasuklah aku sendiri. Yang paling penting bekerjasama mengharmonikan rumah ni. Owner umah ni kami panggil uncle je. Uncle orang cina. Serius and sempoi orangnye. Yang paling best nye dia macam suke kat Fizi (suke je). Dia yang potong rumput semak kat blanag, betulkan lampu mane yang rosak. Kalo musim durian mesti kami akan bagi untuk dia jugak.

2 tahun rupenye duk umah tu. Bergelak ketawa, bergaduh..Semuanya mematangkan kami. Lagi teringat watu masuk sem 3 kami tak bayar sewa sebab tak cukup duit. Aku ni sampai kene panjat pagar sebab uncle ingat kitorang tanak duduk situ. Dia boleh bagi magga yang besar kat pagar tu tak bagi kami masuk.hurm...lucu..lucu..belum lagi datang surat potong air sebab lambat bayar bil. Uncle akan datang tiap-tiap bulan kutip duit sewa. Kena ready jela duit.

Sekarang semua da bawak haluan masing-masing. Wae da kawin, Su da bertunang, Zai n Hasnur ondaway(termasuk jugak aku) Lilo, Fizi dan Ain(baru masuk sem last) tak tau ape cerita. Semoga kalian berjaya dalam menjalani hidup yang epnuh berliku ni :)

Rindu la~

Kek Cawan

Masa bulan puasa ni macam-macam mengidamnya. Hurm..Bile selak-selak blog masakan ni jadi teruja nak masak sendiri. Apatah lagi sekarang musin deco kek. Sampai jadi sayang nak makan. Ade yang sangat kiut. Suke tengok otai2 yang pandai decorate. Sangat kreatif gitu macam gambar-gambar dibawah ni :)
 
Cupcakes



Yummy kan.Yum..yum..yum..kang batal pose kang. Sebenanya aku da penah buat cupcakes coklat tapi bantat @ kek tu tak naik. Tah mane tah silapnya. Pastu cubaan kedua plak kek tawar. Jenuh nak habiskan kek-kek ni. Belum lagi piping bag terkoyak. Baru masuk 3 bijik da kayak rabak piping bag tuh. Ade yang merekah. Ade yang keras. Rase-rasenye kene masuk kelas bakery nih. Bagi aku masak lauk da senang jadi dari wat cupcakes ni. Kek aku lebih kurang camni jugak la:



Sebenarnye, hari ni tah mengarut pe tah. Ni tengah pening lalat la ni. Saje nak cuci mata. Nanti besdey nak wat cupcakes jela. malu kot nak bagi cik abang rase :)



Wednesday, August 17, 2011

Nasib baik ade gigi 웃

Alkisahnye Ramadhan kali ini aku dilanda sakit gigi, lemah-lemah badan, kengkadang macam nak demam pun ade. 2 minggu gusi aku bengkak. Sampai la aku nekad pegi Klinik Gigi. Walhal kali terakhir aku pegi mase cek gigi sekolah menengah. Punye la lame. Haish...sakit nye gigi ni Tuhan je yang tahu.


Sakit tau..huuuu~

Waa...menjelang 14 Ogos 2011 aku bernekad. Siap-siap je lepas sahur aku tak tido, basuh baju semua dan bergerak ke Bangi. Akceli aku jumpe Klinik ni dalam internet. Dr Leen namenye. Nampak macam okey. Dengan berbekalkan RM 150 aku tunggu depan Klinik. Pukul 10 baru bukak rupenye.

Neves jugak sebab tak penah-penah lagi pegi klinik gigi. Klinik ni nice sangat. Akak jage kaunter pun baik. Pastu facility okey. Tandas pun bersih. Siap ade surau dan ruangan menunggu dilengkapi dengan sofa yang empuk, Tv dan aircon. Selain aku ade lagi 2 orang budak nak cabut gigi.
"Okey...giliran awak"
Aku pon redah la masuk bilik rawatan.

"Saya akan cek dulu gigi awak ape pun rileks jagan takut" (hehe...cam tau-tau je aku ni nebesss)
"Gigi awak semuanya okey cuma........................................hmm...gigi geraham bongsu awak tumbuh atas dan bawah. patut la sakit dabengkak da ni" (lah...yeke)
Dr Leen baik. dia cite semua pasal gigi aku. Kire macam nasihat la. Pastu aku pun suh dia cek gigi aku yg berlubang.
"Mana ada gigi awak yang berlubang. Semua elok je" (aish...)
"Adela Doktor, saya boleh rase dengan lidah ni"
Cek punye cek rupe-rupenye ade akar tunggul gigi susu aku mase sekolah rendah. Doktor kate takde ape-ape. Dia Tanye aku nak cabut ke nih?? aku dengan cepat nye menjawab...
 "Cabut je la doktor.Errr...tapi berape ringgit??"
Dalam keadaan ekonomi aku yang kais nih haruslah aku bertanya tentang kos nye..hehe. Bermula la ke'nebes'an aku bile Dr da mengeluarkan jarum bius. Aku cepat-cepat wat mindset (tak sakit...tak sakit). Akhirnye gigi tu pun tercabut. Selesa sungguh!

Okey kawan-kawan, walaupun usia kite meningkat kita tak boleh abaikan gigi sendiri. Ni nasihat dari Dr untuk aku tapi aku nak kongsi jugak. Lepas makan sememangnye kite kene bersihkan gigi, gunalah ubat kumur kalo paling-paling malas pun. Pastu jangan biarkan sisa-sisa melekat kat celah gigi sebab ia akan mereput kat celah gigi dan mengakibatkan kecederaan pada gusi dan gigi sendiri.

Sayangi Gigi Anda

Tuesday, August 16, 2011

Separuh Ramadhan.Yang lagi separuh?

♪ ♫ Ku mengharapkan ramadhan ini penuh makna  ♩ ♬ ♭

Seperti yang kita tahu. Ramadhan sudah masuk separuh. Kat surau pun rase-rasenye da makin separuh juga. Tambah-tambah lagi banyak undangan dan program iftar lagi menambahkan kelunturan aku untuk solat terawih. Nafsu tidur aku semakin menjadi-jadi lepas makan ubat. (ni la Ramadhan pertama aku sakit gigi). Dulu awal-awal da ade azam nak penuhkan solat terawih sedaya upaya. Tapi tengok la sekarang. Berselang-selang solatnye.

Teringat pulak mase 4th year kat U. Tiap-tiap malam aku ade kelas. FULL. Isnin sampai Jumaat sebab lecturer yang ajar kami tu partime je. seingat aku minggu 1st je solat sorang-sorang kat rumah. Selebihnye tido. Hmm..Apela nak jadi kan..kan..Tapi ade kemajuan jugak la tahun ni, aku solat banyak jugak dari tahun-tahun sebelumnye.

 
Bulan Ramadhan bulan keberkatan. Ce tengok atas. Ade masjid, Al-Quran, anak bulan... tu semua simbolik bulan rahmat ni. Masjid/surau untuk kita imarahkan, Al-Quran untuk dibaca, jika dulu jarang-jarang bace ambillah bulan ni sebagai platform untuk bermula balik. Anak bulan menandakan bila kita aka berpuasa. 

Puasa kali ni lain dari tahun-tahun sebelumnye sebab tengah praktikal. Alhamdulillah, bos bagi balik awal. Pukul 4.30 da chaw da.hehe. Pastu ni la bulan yang aku menjadi pengunjung bazar Ramadhan yang tegar. gara-gaya penat nak memasak. Selalunya, beli sekali untuk Ezaini, housemate ku.

Ramadhan ni jugak aku kerap balik kerumah sebab dah ade kenderaan sendiri. Ya Allah, syukur sangat. Stress jugak di ofis tambahan pulak elaun tak dapat lagi. Teringinnnye nak keje maca kawan-kawan yang lain. Baju raya da siap. Lagi seronok bile ade yang sponser baju raye kain cotton. A big thanks to him.(aku tak penah ada baju kain cotton).

Apa pun, aku tak boleh bermalasan, tambah-tambah lagi perihal ibadah. Lawan nafsu ! Ya, anda boleh !







Senyum

Senyum senyum senyum ヅ
Senyum senyum シ

 Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit.......♪ ♫ ♩ ♬

Wah wah ewah...syok betul kan layan lagu sampai nyanyi pun kite boleh tersenyum. Lagu ni aku pon takde la layan sangat. Cumenye slalu ade kat corong-corong radio. Senyum tu mendamaikan tau. Kalau kite  senyum orang yang marah pun boleh reda.

Kisah 1
Macam ade 1 cerita ni. Memandangkan kite di bulan Ramadhan elok sangat la aku ceritakan. Ni dari member yang aku tak bape nak ingat sape. Dia cite la mase pegi bazar Ramadhan, nak beli kuih muih, sang penjual tu sangat lah acuh-tak acuh. Mungkin la dia penat samapikan si pembeli pulak yang rase bersalah. Alih-alih bile da berbuka si suami cakap. "Kite takyah makan la makanan ni, nanti kite jadi macam penjual tu". Tengok, sampai kerumah kesannye. Tapi aku tak setuju gak sebab suami dia ajar isteri membazir..tak elok..amalan Syaitooon.

Kisah 2
Kisah kawan aku jugak, sebab aku ade short term memory, susah sikit nak hengat unless ade bende yang trigger.hehe. Penah tak jadi kat korang, (bazar ramadhan lagi) korang senyum - tak kisah la senyum kerang ke, senyum penyu ke, korang dapat makanan free-takpun dia sedekah.Wah wah..tu rezeki dia la. Kalo lagi kiut lagi la dapat lebih :)

Kisah 3
Ni adik aku plak. Dia ni memang stail senyum macam udang la. Walaupun dia manja dan mengade-ngade still oranag kan senang ati ngan dia. Sekarang dia keje kat farmasi. Boleh katekan orang yang datang ingat dia tu towkey farmasi :)

Senyum la macam shaye..hik..hik..
Oleh itu, marilah kite amalkan budaya senyum ye kawan-kawan シ









Sunday, July 3, 2011

Bosan

101 sebab kebosanan diri ini..
Praktikel memang menbosankan kot..
Nak wat keje pun rase bosan and nak termuntah..
Cam ne la ko nk keje ni kan..
Hmm...

Tuesday, April 26, 2011

Nak Exam..Yeeha


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UNTUK STUDENT-STUDENT SEKALIAN

Sebenarnye banyak idea nak post nih. Kenape tah tibe-tibe ade idea nak meluahkan idea-idea. Entri akan datang semuanya menghambur ketak 'puasan hati' ni antaranye:

  • Isu Halal Haram Dalam makanan yang heboh diperbincangkan.
  • Isu McD, Kepsi dan 'past put' yang lain yang menggemukkan murid-murid sekolah, nasik lemah jugak dapat nama.sian..sian..
  • Isu sejarah tanah melayu (walaupun Melayu la yang kuat maki hamun).
  • Isu duit ringgit Malaysia yang tinggi (walaupun ade yang bersorak gembira TIBE-TIBE..pelik je).
Geram je nak komen banyak-banyak line tak ok plak..da la..habiskan exam je.Bye




Thursday, March 31, 2011

Sejenak~




 " The price of anything is the amount of life you exchange for it "

Rindu

Rindu 
Bila rasa kesunyian..
Bila mana tiada tempat nak mengadu..
Bila rase keseorangan..

Rindu 
Pada waktu itu..
Apabila kenangan..
Dirasakan sangat indah..
Untuk dikenang..

Rindu
Bila sama-sama..
Menyaipkan tugasan..
Bila sama-sama.. 
bermalasan..

Rindu
Dengar gelak ketawa 
rakan-rakan
Bergaduh, Bermasam muka..
Sibuk sampai..
Tak ingat dunia

Rindu
Bile makan sama-sama
Iftar tiap-tiap tahun
Lagi-lagi gurauan kalian

Ahh..Rindu semuanya..
Rindunya pada korang..

Information Security And Assurance: 3rd Batch

Demi Masa

103. Al-’Asr
[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Banyak nye mase yang saya sudah bazirkan..

Berusahalah wahai Ila..

Bangunlah dari lena mu..

Dan selesaikan semua tanggungjawab mu..


(_ _")

Sunday, March 27, 2011

oooooo!! 0_o?

Oh! alamak, harini punye schedule da lari da. Ni sume sebab jadik prebet. aku kene setadi lagik ni. Tak cukup target. Kalkulus kasik kecit sikit tulisannye..arghh..tensen sungguh. DAh jadi kebiasaan nye kalkulus ni untuk lulus.

dari pakcik google


Tapi masalahnye saye tak lulus lagi. Ni ade 2 minggu nak test 2. 4 miggu nak final. nervous la. tak tau la subjek ni memang sangat-sangat "tak" tensen-seronok-gembira. Susah la nak kaitkan teorem-teorem sume. ke saye ni selalu terminum air semut (_ _")

Sebab ape ye ramai yang susah nak skor subjek ni? Ok, silap.saye je kot (bersama beberapa yang lain). Pensyarah saye sangat la strict.


 Harap-harapnye dapat la lulus dengan cemerlang semester ni. Amin

Saturday, March 26, 2011

Belog ni ape?

Blog atau bahasa pasarnya belog adalah satu platform yang paling mudah untuk individu meluahkan  ape yang terbuku dihati mereka. Namun demikian, sejak akhir-akhir ni belogging menjadi trend yang sangat popular selain Fesbuk, Twitter (saye takde), Fomspsring dsb. Uniknye belog ni seseorang individu mempunyai ciri yang unik untuk memasarkan menonjolkan diri masing-masing. Ini mewujudka suatu alam yang seakan-akan dunia sebenar tetapi hanya ditalian (macam pemberita plak.haih).




Kite tengok ade yang menjadi pemberita, penyebar berita. bagus jugak. Sekurang-kurangnye ade jugak info serba sedikit. Cakap je berita ape tsunami, tanah runtuh, banjir banyak peberita yang mengolah dan menyebarkan mengikut citarasa masing-masing.

Gossip jangan cite la. Pendek kate semua ade. Politik dengan politiknye, maki hamun la masing-masing mendabik dada dengan kepartian memasing. Pendek kate semua ade la. Mai sini bace bro hamka.terbaik punye. Jugak dengan isu hangat sekarang Datuk T Video ape tah. Tak kurang juga ada yang kena tangkap. So, readers tapis la semua maklumat  yang anda bace. Jika anda penulis jangan la mengaibkan sesame muslim. Kite kan sesame Islam. Biar sape salah sekali pun berpeganglah kite pada agama bak kate Cik Seri :

"gigitlah agama Islam ini dengan gigi-gigi geraham anda sekuat-kuatnya,jangan terlepas.."

Nak kate betapa Melayu dan Islam sangat rapat, utuh dan kuat sejak zaman nenek moyang lagi. Saya masih belum habis membaca siri ATBM (Alter Terahsia Bangsa Melayu) dari mistisfiles. Belog ni contohnya mengajak kite berfikir. Mungkin ade segelintir yang menganggap ianya adalah dongengan namun setelah saya membaca dan mengkaji hasil penulisan Cik Seri juga bukti-bukti yang didapati dari manuskrip lama. Juga khazanah Bangsa Melayu yang berselerak dimuka bumi ini mambuatkan saya kagum dan bangga. Banggalah kalian menjadi bangsa Melayu. panjan pulak bercerite(_ _")


Pendek kate, dalam belog kite boleh jadi sapa saje yang kita suke. Jangan nak hina-hina orang lain. Kalo tak suke tegur la dengan cara yang berhemah. kalo malas bace jangan datang belog tersebut. betul tak? Pada saye belog ni adalah medium ilmu dan pendapat. kat sini jugak kite belajar mencernakan sesuatu samada betul @ tak. Juga banyak pandangan dan pendapat yang membuatkan kita kadanag-kadang terkeliru.

Ade seorang penulis ni betul tak ingat sape tapi dia kate "Kite adalah ape yang kita baca". Maaf sangat tak dapat nak bagi kredit kat penulis tu tapi sepotong ayatnye membuatkan saya ingat. See, bermanfaatkan. Dengan ini tamat lah entri ini. Saya memohon maaf kirenya ade yang terguris. Ini hanyalah pendapat peribadi je..mungkin betul. Mungkin jugak tak..

Anda tentukan.Peace :)

Oh! saye ade belog rupenye.haih

Baru saye perasan yang saye masih ade belog. Apela, patut la Tirah kemain lagi perli-perli. Ingatnye da musnah da sume belog-belog ni. Bile tengok-tengok  balik rase rindu plak. Time kasih la kengkawan yang sudi berkunjung kesini.Yang jadi follower to time kasih jugak. Tapi saye takde adiah cotest macam yang lain tau.Nape ea tak suke sangat belog ni. Sebab-sebab utama:

LEMAU
saye lemau sikit menulis ni. suke jadi silent reader je. most of the blog, yang saye bace sume best la jugak tapi agak same. Ah, bosan kan.selalunye saye akan melaway belog yang same je contohnye belog Aidid yang kontrobersi MLMer nye, Bro Hamka yang lucu bersama Kereta Mayat, Cik Seri dan MO, Mistisfile, Kak Hana di Kanazawa.bla..bla..bla...Woha!(credit to bro hamka ;p) --->kalo korang perasan sume entry yang jenis panjang-panjang kan. takpe saye suke ;)

Mo0DY
Da la lemau menulis. selalunye saye berjalan @ walking @ bersiar-siar dan seumpama bile ada mood.Mood bosan layan la belog kelakar. Blog yang suke mengutuk/memuji pempuan macam Mr K. Yang sempoi macam zack, takpun belog kak anna dengan celotehnye <----ni femes la mesti sume kenal kan.hu3

PENTING
Ade jugak page yang penting-penting untuk santapan rohani kite. Rajin-rajin la jugak pegi ke ILuvIslam, Bayyinat- oleh adik iqbal, SaifulIslam. Ade pepatah mengatakan beribadah la seolah-olah kamu akan mati pada esok hari, dan bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Kengkadang dalam hidup kite akan rase kosong je sebab kite jauh dari Tuhan.

Nampaknye kene stay je la belog ni..huhu.. sayonara tak jadi ;p 

Counting Days

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...