Thursday, November 18, 2010

KeBanjiran Semut

Semut @ ant dalam bahasa org putihnye adalah sejenis serangga seperti yang kita tahu. Entry ini wujud setelah rumah sewa saya dibanjiri dengan koloni-koloni semut yang sangat banyak. hasil penyelidikan serta siasatan saya dan rakan-rakan serumah, kami menyimpulkan bahawa semut-semut ini berhijrah dari rumah sebelah kerumah kami lantaran negara mereka telah dimusnahkan oleh tuan rumah yang baru berpindah disebelah.


Selama 3 hariberturut-turut akak sebelah juga dengan rakusnya memusnahkan negara semut yang sudah lama bermastautin disana dengan membakar serta menghalau ape sahaja yang menghuni ditanah belakang. Saya kira kediaman semut tersebut sudah seperti padang jarak padang tekukur.

Laporan dari penghuni 2 bilik belakang mengatakan bahawa mereka juga mengalami nasib yang sama apabila asap hasil pembakaran terbuka itu berkepul-kepul masuk kedalam bilik mereka sehinggakan mereka jugak terpaksa keluar dari bilik masing-masing akibat kekurangan oksigen. 


Berbalik kepada semut-semut tadi, lebih dari 2 tahun saya kira mereka mendiami tanah itu dengan amannya kerana pemilik @ penyewa sangat baik hati meninggalkan tanah terbabit untuk diterokai oleh hidupan-hidupan ini. 

Ihsan Google





Disini ada sedikit fakta tentang Semut;

Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah dan tawon. Semut terbahagi atas lebih dari 12.000 kelompok, dengan perbandingan jumlah yang besar di kawasan tropika. Semut dikenali dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur.

Jenis semut dibahagi menjadi semut pekerja, semut pejantan, dan ratu semut. Satu koloni dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk mendukung kegiatan mereka. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme dikarenakan koloni-koloni mereka yang membentuk sebuah organisasi yang besar.

Begitu la serba sedikit cerita semut ini. apa yang lebih menarik yang saya dapati dari website HARUN YAHYA tentang semut. Anda wajib membacanya. 

Pernah tak dengar ade orang sering dihurung nyamuk walaupun ditempat itu ramai orang?Seperti saya, nyamuk tidak berapa tertarik pada saya tetapi saya sangat senang dihurung semut. Pernah seorang Roomate saya 2 kali masuk hospital kerana denggi tetapi saya still maintain tak penah kena.bukan nak beriak @ berbangge tapi memang nyamuk ade mangsa tertentu. Jika saya pula, bangun pagi ada sahaja semut yang menggigit sedangkan rakan-rakan lain enak dibuai mimpi tanpe gangguan.

Ihsan Google

Naik berang juga asek mendapat kemaraan semu namun setelah membaca fakta dari web Harun Yahya semut itu tidak seburuk mana. Semut ada banyak keebihan yang kita kurang sedari. Benarlah seperti yang dicatatkan didalam Al-Quran,

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)

ps: tidak sia-sia saya digigit semut. Sekurang-kurangnya ia mengejutkan saya dari subuh sebelum Kekanda saya yang mengejut ^_^

Kepada Miss Lo Lei saya sudah tunaikan permintaan anda dengan entry ini. Suke tak??!!

No comments:

Post a Comment

Counting Days

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...